“ Aku bosan la duduk kat sini, dah lah tak boleh bawa telefon, meluat lah aku, nak buat tu tak boleh, buat ni tak boleh, apa benda ur..huish..”.
“Apa marah-marah ni beb ..rilek ur..”, kata Anes.
“Warden tu la.. ada ke patut dia denda aku kes tak turun solat kat surau, bukan nya aku tak solat, kau pun nampak aku solat kan tadi, Cuma tak turun je, bukan tak solat pun..kalut la orang tua tu..”, bebel Azrina kepada kawannya…
“ Entah la Rin, aku pun tak tau, kan kita baru je masuk sekolah ni, so kena la ikut peraturan..hah! yang kau tak turun tu kenapa, kan aku dah ajak kau tadi..”,
“kau pun nak bebel macam warden juga ke..? da la..malas nak layan budak kolot ni.. “Rin……Rin….”, panggilan Anes tidak bersahut..
“ish budak ni..orang tegur dia buat kepala angin pulak…”,desis hati kecilnya...
***
Buat pertama kali dalam hidup aku berjauhan dari keluarga, kucing aku yg aku sayang dan yang paling penting…berjauhan dari bantal busuk yang aku sayang…huhuhu..sedihnya..kejamnya dunia..huargh… mak!! nak balik..huhuhu..pernah satu hari aku tak keluar bilik..nak tau sebab apa..sebabnya mak aku simpan bantal busuk aku dalam stor, katanya bantal aku tu busuk sangat..ada ke patut..tak patut- tak patut….hehehe…
“ Rin! Rin!..bangunlah..dah lambat ni..kan hari ni nak daftar sekolah baru..”,
“ Alah mak..malas la nak pergi sekolah tu..kawan-kawan Rin kata sekolah tu banyak hantu..takut lah Rin..”,
“ Ish budak ni…dulu Rin yang beria-ia sangat nak apply sekolah tu…dah sampai hari daftarnya tak nak pergi pula..abang! abang!..tengok anak awak ni..tak nak pergi sekolah..”, mengacum mak kepada ayahnya..
“ Sayang..kenapa tak nak pergi pula ni…? ”, tanya Encik Azrin..
“ Anak awak kata sekolah tu ada hantu”, celah Puan Fina sambil mencubit pipi anak perempuannya itu..
“ ouch!! sakitlah lah mak..iyalah Rin pergi..tapi satu syarat yang Rin nak..boleh..?”,
“ Nak pergi sekolah pun nak bersyarat ke..?”, “ ok lah..apa yang Rin nak..?”, sambung En. Azrin melayan karenah anaknya…
“ Hehe..Rin nak bawa telefon pergi sekolah..kalau tak bagi...Rin tak nak pergi sekolah tu..deal..??”, ugut Rin..
“ Erm..sekejap ayah nak fikir…ok tapi keputusan Rin kat sekolah tu mesti ngetop…kalau tak…ayah ambil semula telefon Rin..no more telefon..ok..deal..”,
“ Ok lah..Rin janji akan buat sehabis baik untuk mak dan ayah..ok..sayang ayah..”, janji Rin sambil mencium pipi ayahnya..
“ Ai..ayahnya saja yang dia sayang?? mak nye x?? Pn Fina merajuk…
sementara Rin dan ayahnya ketawa melihat gelagat Pn Fina..akhirnya Pn Fina tidak jadi hendak merajuk..malah Pn Fina turut ketawa juga..
***
“ Hoi..apa yang kau termenung tu..ingat kat boyfriend ke…?”, usik Safiah a.k.a Piah..
“ Huish mana ada..aku teringat kat umah la..aku teringat waktu mula-mula nak masuk sekolah ni..kau ni sibuk je..”, ujar Rin..
“ Iya lah tu..kau bukan boleh percaya sangat..kadang-kadang senyum..kadang-kadang menangis..dah lah tu..sorang-sorang je pulak..lain kali ajak aku sama..boleh share air mata”, ujar Piah sambil tersenyum..
“ Kau peril aku, jahat lah kau ni..”,
bantal yang berada di tangannya di baling kepada Piah tapi sempat disambut oleh Piah..akhirnya berlaku peperangan bantal..habis semua orang yang berada didalam dorm itu menjadi mangsa kekejaman mereka..malam itu membuatkan Rin lupa kepada keluarganya seketika…
***
25/02/2009…Hari ini adalah hari kedua aku berada di sekolah itu..berkepadatan 300 orang pelajar dengan 175 orang pelajar perempuan dan 125 orang pelajar lelaki sememangnya membuatkan kepala aku pening..biasanya..aku kesekolah yang ada cuma 168 orang saja tingkatan 4 dan 5..ne..beratus-ratus pulak..pening-pening…apa boleh buat..dah ini yang aku nak..so kena lah masuk..dekat sekolah ni..ada 6 orang kawan yang aku kenal dari sekolah lama..semua perempuan kecuali sorang je budak laki..nama dia Zairul Hazriq..tapi kan..budak kelas panggil dia Riq..cantiknya nama dia sama macam orangnya jugak..dah lah nama dia sedap..orangnya pun ensem..tergugat iman siot..seb bek bukan muhrim..ahahaha…gatalkan aku ni..jangan mara..!! aku minat kat dia sejak aku sekolah rendah lagi..cuma tak pernah nak tercakap kat dia je..kalau korang nak tau..aku ni pemalu nak berbual dengan budak lelaki..tak tau topik nak bual..hehehe..tapi kalau dengan budak perempuan..sampai nak tido pun aku boleh berbual..kadang-kadang sampai berbual dalam tido..terukkan aku ni..ok la..kita sambung pasal budak Riq tu..dia keturunan parsi..ehhh..bukan-bukan..tu kucing dia..aku nampak kucing dia waktu kami pergi rumah dia waktu majlis kahwin abang dia..dia keturunan perancis..mak dia orang sana..bapak dia pulak orang Malaysia..yang aku tau lagi sal dia..dia lahir kat sana..Perancis..rupa si budak Riq tu putih..bersih..sebintik jerawat pn tak nak tumbuh kat muka dia..takut kot..hehehe..selama aku kenal budak Riq tu..tak pernah lagi aku tengok dia marah..setiap kali terserempak mesti dia senyum kt aku..dia senyumkan..macam Brad Pitt..wow..dasyat gila angau aku kat dia..
“ Rin..oohh Rin..! Dah-dah lah tulis tu..da masa makan malam la..jom pergi makan..nanti lapar pula..”, ajak Piah..
“ Okey..tunggu jap..nak siap ni..”, sahut Rin sambil mengemas diarinya yang bersepah di atas meja belajarnya..
***
Jam dinding menunjukkan pukul 10.26 malam..semua penghuni dorm 3 sedang melakukan persiapan untuk tidur..
“ Apa..!! ada aktiviti jalan malam..wei..korang tipu kan…cakap kat aku yang korang tipu..please..”, terketar Rin apabila mendengar pernyataan Anes..
“ Tapikan tak de dalam aturcara pun..”, kata Piah..
“ Iya lah..kenapa tiba-tiba ade pulak ni..?”, sampuk Ain..
“okey-okey..macam ni..kita tunggu senior panggil..lau kena panggil..iya lah tu..”, “ ok,la ni kita pergi tidur..sebelum tu..mana kau tau Anes..?”, sambung Piah lagi..
“lah…tak kan tak tau..kakak aq ade kat sekolah ni lah..”, jawab Anes..
“ha’ah..lupa la…jom-jom kita pergi tidur..nanti tak pasal ja kita disyak menghebohkan benda ni..”, suruh Piah..
selepas Piah menyatakan arahan itu..semua penghuni dorm 3 bergegas ke tempat tido masing-masing..termasuk Rin..ketar tangannya masih belum berhenti kerana memikirkan dirinya terpaksa ditinggalkan seorang diri dan disuruh berjalan dalam keadaan matanya tertutup..kelihatan wajah pucat menghiasi wajah penghuni dorm 3..
“wei..korang ni boleh diam sikit ke..dah pukul 2 pagi la..pegi tido lah..”, marah Piah spontan tanpa melihat jam tangannya yg baru menunjukkan pukul 12.37 pagi..
Piah terdengar ada suara yang mengelakkan kemarahannya..Piah bangkit dengan niat hendak memarahi mereka tetapi niatnya terkubur apabila melihat beberapa orang kakak senior yang salah seorangnya ialah kakak kepada rakan sebiliknya iaitu Anes..
“ Hah! Tercegat ape lagi tu..cepat pakai tudung..tak kan nak jumpa hantu pun masih tak nak pakai tudung..cepat siap..!!”, sergah Kak Nisa memeranjatkan semua penghuni dorm 3 asrama Datai Sekolah Menengah Teknik Langkawi..
“ Dalam masa 2 minit..kalau korang tak turun..tidur kat surau dan siapa yang lambat..dia jalan yang pertama..tinggal seminit 45 saat lagi..ingat..siapa lambat..dia dulu..”, sambung Kak Nisa lagi..
baginya..itu satu kepuasan kerana dapat menakut- nakutkan junior kerana dia sendiri pernah kena pada tahun lepas..kini gilirannya pula membalas dendam..semua penghuni dorm 3 bergegas turun apabila Kak Nisa mula mengira..tidak ketinggalan Piah juga yang telah siap memakai tudung…
“ Mak!!nak balik..Rin dah cakap sekolah ni banyak hantu..mak tolong Rin..”, igau Rin..
“ Rin..bangun..kenapa kau ni..mengigau ke..? ”, “ Malu la..kak senior tengok tu..bangun la..”, sambung Ain sambil mengelengkan kepalanya..
“ Kita kat mana ni..tadi aku rasa macam ade kat rumah..ni kat mana pulak?”, soal Rin kebingungan..
“ Kat asrama la..kita kan dalam minggu orientasi ni..ade aktiviti jalan malam..best2..”, terang Fida..ahli dorm 1..
“ Jangan berlagak Fida..nanti kena rasuk kat kau susah pulak nanti..”,tegah Anes..
“ Alah..biar la..buka selalu kan..lek ur..”, “ Nanti..kalau dah kena..jangan susah kan aku..”, kata Anes lagi..
sejurus pertengkaran kecil itu..nama Rin dipanggil..tapi dia bernasib baik kerana dia di benarkan pergi bersama rakan-rakan karibnya kerana dia sudah pengsan dua kali..kalau pergi sendiri..alamatnya..selamat tinggal dunia..tamat cerita..
***
Masuk hari ini 23/05/2009..genap lah tiga bulan aku dekat bumi Mahsuri ni..bukan tujuan aku untuk melancong ke ape ke..aku datang sini sebab nak berperang..berperang untuk menentukan hala tuju aku pada masa hadapan..tapi disebalik niat murni aku tu..tersimpan juga niat lain..aku datang ke bumi bertuah Langkawi ini adalah untuk jauh dari ex-boyfriend aku..aku tak sangka sehari sebelum aku pergi ke sekolah ini..aku telah ditinggalkan..katanya aku berada jauh di utara dan dia di selatan..bagi ku..jarak bukanlah suatu penyebab untuk berpisah..aku lihat ramai rakan-rakanku yang meninggalkan boyfriend mereka di kampung..tiada masalah pun..tapi kenapa aku diperlakukan sebegitu rupa oleh insan yang bernama lelaki..apa yang aku dah buat kat dia??..aku sendiri tertanya-tanya..Ya Allah kuatkan lah iman hambamu ini..untuk menempuh segala dugaan yang telah engkau berikan…Amin..
Azrina menghabiskan catatan di dalam buku diari nya..sementara pemain mp3 sedang memainkan lagu dari kumpulan Peterpan..Semua Tentang Kita..entah mengapa hati Rin menjadi sayu apabila mendengar lagu tersebut..dia tidak perasan air mata yang mengalir dipipinya jatuh ke atas diarinya..dia terlelap dengan memeluk diarinya..di suatu sudut katil..kelihatan seseorang sedang melihat kelakuan Rin..akhirnya si pemerhati juga melakukan perkara yang sama..esok pastinya menjadi sesuatu yang baru bagi mereka..
***
“ Perhatian kepada Azrina Bte Azrin, anda diminta untuk hadir ke pejabat sekarang juga..”, kedengaran nama Azrina di panggil menerusi corong pembesar suara..
“Rin..nama kau kena panggil la..nape tak pergi lagi? Pergi la..”, “ kang tak pasal je nama naik dua kali..” sambung Piah lagi..
“ Kenapa tiba-tiba nama aku kena panggil..?selalunya tak pernah pun..apa yang aku dah buat agaknya..tapi aku rasa..aku tak buat salah dah..last aku buat masalah pun..waktu telefon aku kena rampas..tu je la..kau rasa kenapa ek Piah..??” soal Rin kebingungan..matanya terkebil-kebil kehairanan..
“ Entahlah Rin..aku pun x pasti..lebih baik hang pi check..eh..kau pegi check..hehe..”, ujar Piah sambil tersipu-sipu dan merenyeh umpama kerang busuk di Pasar Borong Selayang..
“ Tapi tiba-tiba aku rasa takut la..kau teman aku ya Piah..?”, ajak Rin..
Pada mulanya Piah keberatan untuk menemani Rin..tetapi selepas disogok dengan gula-gula..akhirnya Piah setuju..
Sampai je mereka di pejabat..Rin terus ke kaunter..
“ Kak..ada apa panggil saya ni..”, “tak tau ke saya tengah buat keja sekolah?”, tak keluar kata-kata itu..sekadar berlegar di hatinya sahaja..
“ Iya kak..saya Azrina..”, Rin memperkenalkan dirinya walaupun dia sudah mempunyai tanda nama di tudungnya..
“ Akak kenal la..pergi bilik pengetua..pengetua nak jumpa..”, suruh Kak Nor..
***
“ Hah!?..”, separuh terjerit Rin..air mata hampir tertumpah..
“ Bila cikgu..?tapi kenapa saya tahu lambat..?” tanya Rin sambil menahan air matanya daripada tumpah..
“ Malam tadi..keluarga kamu terlibat dalam nahas kapal terbang ketika hendak datang ke sini..” kata Cikgu Hanifsah menerangkan apa yang berlaku..
Air mata yang selama ini ditahan akhirnya gugur juga..dia tidak dapat membayangkan apabila dia terpaksa hidup bersendirian tanpa keluarganya..Piah sedar akan kesedihan rakannya itu..lalu dia mengambil keputusan untuk mendapatkan Azrina..
“ Sudah la tu..kalau family kau tau..mesti dia sedih jugak..janganlah nangis Rin..”, pujuk Piah..dia sendiri tidak mampu menahan airmata..akhirnya dia juga tewas dengan pementasan dunia ini..
“ Rin..pergi la pulang ke asrama dan ambil pakaian kamu tu..kamu dibenarkan pulang kerana family kamu akan di semadikan petang ini selepas asar..”, “ dan segala perbelanjaan kamu untuk pulang ke kampung kamu diuruskan oleh pihak sekolah..” sambung sambung Cikgu Hanifsah lagi..
Pernyataan Cikgu Hanifsah membuatkan airmata kembali deras mengalir..dia hanya mampu menangis saat ini..tiada apa yang mampu dia lakukan lagi..
“ Baiklah cikgu..terima kasih atas segalanya cikgu..” kata Azrina sambil memeluk cikgunya..
“ Dah-dah..jom cepat..”, suruh Cikgu Hanifsah..
Rin pulang ke kelas dengan airmata yang belum kering..bajunya habis lencun kerana lelehan airmatanya yang dilapkan di situ..semua rakan di kelas nya kebingungan..selepas di beritahu..terbit rasa simpati dihati mereka..mereka semua menyedekahkan surah Al-fatihah kepada keluarga Rin..airmatanya kembali mengalir..
***
“ Assalamualikum mak,Rin cakap ni…”,
“ Wa’alaikumsalam..ha Rin..mak kenal la anak mak yang cakap”,
“ Hihi..mak ape khabar..?sihat..?” soal aku..
“ Sihat Alhamdulillah..kamu sihat tak..?”, balas mak..
“ Alhamdulillah sihat..ayah mana mak..?”
“ Ada tu..nape? nak cakap dengan ayah kamu ke?”, soal mak..
“ Boleh juga..” kata aku..
Selepas aku beberapa ketika..ayahku menyahut panggilan dari corong telefon sebelah sana..
“ Ayah..??” panggilku..
“ Wa’alaikumsalam..ada apa anak ayah tiba-tiba telefon ni..”, sindir ayah…
“ Hehehe.. Assalamualaikum..” jawab aku..malu..
“ Wa’alaikumsalam..” sahut ayah..
“ Ayah buat apa tu..Rin ganggu ayah tak ni..?” tanya ku sambil pandang sekeliling..risau ada yang ternampak aku menggunakan telefon ni..walaupun telefon tidak dibenarkan dibawa ke sekolah ini..aku tetap berdegil..
“ Tak lah Rin..tak pe lah..memandangkan Rin dah call ni..ayah nak cakap yang ayah, mak dan adik-adik kamu nak datang sana..melancong..tapi kamu kena duduk sekolah la ye..tak boleh ikut..”, kata ayah menyatakan hasratnya untuk melancong ke sini..
“ Iya lah..lagi pun..Rin dah bosan pusing-pusing kat sini..”, bidas aku..
“ Elekh..merajuk la tu..bidadari ayah ni..Fina..tengok ni..anak bertuah kamu ni merajuk..”, ajuk ayahnya..
“ Ayah..!! mana ade Rin merajuk pun..ayah ni..”, kata aku tak mahu kalah..
“ Tak nak kalah lah tu..”,
“ Iya-iya..Rin merajuk..tapi tak pe..boleh jumpa ayah kat sekolah..”, akhirnya aku mengalah juga..
“ Okey lah ayah..Rin nak pergi buat homework lah..nanti dah sampai mesej Rin tau..”,
“ Ok..”, balas ayah pendek..
“ Kirim salam adik-adik ya ayah..Assalamualaikum…”,
“ Wa’alaikumsalam..” ayah memutuskan talian..
Usai sahaja menelefon ayah..warden pun naik..tidak sempat aku hendak membuat apa-apa..hanya mampu melihat telefon aku dirampas dan dihempas ke atas tilam..
“ Huh, selamat..”, gumam aku sendiri..
***
Sekarang ini Rin dalam penerbangan menuju ke Kuala Lumpur..dia berdoa agar dia berkesempatan untuk menatap wajah orang tuanya serta adik-adiknya buat kali terakhir..tidak semena-mena..air jernih yang pada mulanya bersarang di mata..akhirnya tumpah jua..sampai saja di kampungnya..kedengaran suara orang ramai sedang meng-Aminkan doa yang diketuai oleh datuknya sendiri..rasa sebak terus menyelubungi dirinya tatkala melihat empat mayat terbujur kaku di atas tikar mengkuang..seperti dirasuk..Azrina terus menerpa kepada mayat-mayat tersebut sambil menjerit..tetapi belum sempat hendak memeluk..dia ditarik oleh mak su nya..
“ Rin..Rin..sabar nak..jangan macam ni..tak baik..Rin sayang mak dengan abahkan..jangan nangis nak ya..”, neneknya cuba menenangkan Azrina yang bagai dirasuk..
“ Mak!!!! Ayah!!!..jangan tinggalkan Rin..”, laung Rin..
Semua tetamu yang hadir cuma berasa sebak..ada juga yang telah menangis tatkala mendengar jeritan Rin itu tadi..tidak berapa lama kemudian..Rin pengsan..semua yang berada dalam rumah itu panik apabila Rin tiba-tiba terlentang..akhirnya..Rin dibawa ke klinik oleh pak su nya..
“ Rin sayang..jaga diri baik-baik ya..pandai-pandai lah bawa diri ya anakku..”, pesan Pn. Fina..
“ Kak..nanti kalau adik dah tak de..akak jangan nangis-nangis tau..jangan nakal-nakal tau..adik sayang akak..”, pesan Azri dan Azril serentak sambil memeluk akaknya..
“ Sayang..jangan nakal-nakal tau..tempat orang ni..mak dengan ayah tak ada dah dengan Rin tau..adik-adik pun tak ada dah..dengar cakap cikgu tau..”, pesan ayahnya pula..
“ Mak, ayah, dengan adik nak pergi kemana..pakai baju putih ni..lagi pun..Rin cuma nak pergi sekolah aje lah ayah..bukan pergi mana-mana pun..apalah ayah ni sambil mencium pipi ayahnya..
Mereka sekeluarga berpelukan..Rin tidak mengetahui bahawa itulah pelukan terakhir yang dibalas oleh ahli keluarganya..baginya..itu adalah pelukan biasa...
***
26/12/2009..beberapa hari lagi sudah masuk ke tahun baru..selama ini aku menyambut tahun baru bersama keluargaku dirumah..tetapi..kali ini aku akan menyambutnya di rumah nenekku di Batu Pahat..atok..?? selepas aku balik kesekolah beberapa hari..datuk aku jatuh sakit..lalu meninggal dunia kerana disahkan menghidap penyakit jantung..aku kagum dengan ketabahan nenek apabila dia sedikit pun tidak menitiskan air mata pada hari datuk meninggal dunia..selepas datuk dikebumikan..aku bertanya kepada nenek kenapa nenek tidak nangis..selepas itu nenek jawab.. “ Hendak buat apa nangis..airmata kita belum tentu boleh menghidupkan orang yang sudah mati..” sebab itu lah nenek tak nangis agaknya..kadang-kadang..aku malu sendiri melihat ketabahan nenek…walaupun kehilangan orang yang paling nenek sayang..dia tetap kuat..
Tahun baru nanti..aku berazam nak jadi kuat macam nenek..nak belajar bersungguh-sungguh..dan..masuk Universiti..aku juga tidak akan menghampakan harapan keluargaku yang ingin aku menjadi manusia yang berjaya dalam hidup..Mak, Ayah, Azri, Azril..akak sentiasa mendoakan agar roh mak, abah, azri dan azril ditempatkan ditempat oaring yang beriman..Amin..
Selepas dia menghabiskan tulisannya..hujan turun dengan lebatnya..mengiringi tangisannya yang baru hendak gugur..akhirnya..dia tertidur sambil memeluk diarinya..di balik langsir..kelihatan nenek sedang menitiskan air mata membayangkan apa yang akan terjadi kepada cucunya jika dia tiada nanti..
*TAMAT* isnin, 17/01/2011, 11.39 malam..
0 comments:
Post a Comment